Laman Muka Buku

Seikaisuru Kado

KADO: Jawapan Yang Tepat



Genre: Fiksyen Sains
Rating: PG-13 (Parental Guidance/Di bawah bimbingan ibu bapa)
13 tahun dan ke atas

Seorang pakar perunding dan ahli biro kerajaan yang rasional, Kojirou Shindo berlepas atas dasar perjalanan perniagaan (business trip) dengan menaiki pesawat, namun, sebuah kubus gergasi yang misteri muncul serta menelan masuk pesawat yang dinaikinya.

Sewaktu pihak berkuasa Jepun sedang menyiasat butiran dan asal usul kubus tersebut, Shindo bertemu dengan suatu makhluk yang berasal dari luar semesta, dikenali sebagai Yaha-kui zaShunina, yang memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki. Dia mengesahkan bahawa semua penumpang dalam keadaan yang baik dan memohon bantuan dalam berunding dengan dunia manusia.

Diturunkan dari semesta yang lebih tinggi, dikenali sebagai Novo, Yaha-kui zaShunina mampu memindahkan maklumat antara Novo dan semesta Shindo melalui kubus yang dikenali sebagai Kado. Meskipun mempunyai pelbagai kebolehan yang di luar jangkaan, Yaha-kui zaShunina tak tampak seperti gunting dalam lipatan. Malah, dia mengumumkan bahawa dia datang ke dunia ini atas hanya pada satu sebab iaitu: membantu "memajukan" manusia yang bermula di Jepun.

Saya tahu apa yang sesuai dengan manusia.

 

No comments:

Post a Comment