Laman Muka Buku

Fate/Zero S1

Takdir/Sifar


Genre: Aksi, Seinen, Tragedi, Fantasi
Skor Umur: R-17+ (Keganasan, Fantasi yang Gelap)
  
Dengan ganjaran yang boleh menunaikan segala hasrat di hati, Grail Suci telah mencetuskan tiga peperangan pada masa lampau. Kekejaman dan keganasan berlaku hanya membenarkan seorang menaungi peperangan ini.

Pun begitu, suatu keluarga berada, Einzbern, sangat yakin bahawa peperangan yang keempat akan berbeza berbanding dengan sebelumnya. Pemenang dalam peperangan ini akan mendapatkan Grail Suci dalam genggaman tangan sendiri. Hanya atas sebab ini, "Pembunuh Ahli Sihir" yang paling dibenci ramai, iaitu Kiritsugu Emiya akan dikahwinkan dengan satu-satunya anak perempuan mereka, Irisviel Einzbern dengan menandatangani kontrak perjanjian.

Kiritsugu dalam menempuh permainan kuku besi ini terpaksa bertempur dengan enam peserta yang lain. Masing-masing bersungguh-sungguh berperang dengan pelbagai keinginan dan kemahuan serta kepentingan masing-masing.

Berdasarkan novel ringan yang dikarang oleh Gen Urobuchi, Fate/Zero menyerlahkan Peperangan Grail Suci Keempat yang berlaku 10 tahun selepas Fate/Stay Night. Saksikanlah peperangan teragung, suatu peperangan yang tak akan menjamin sesiapa pun untuk menaungi.

4 comments: